jika sebelum ini, saya telah kongsikan khat nasakh, riq'ah, diwani dan thuluth, kali ini saya memawakan anda tentang khat kufi.
khat kufi |
Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah suai. Namanya diambil sempena bandar Kufa, Iraq, walaupun skrip ini diguna di Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam. Salinan-salinan terawal al-Quran ditulis dalam skrip ini.
Kufi ialah sebentuk skrip bergaris dan bersudut, lazimnya dengan garis tegak dan melintang memanjang. Pada asalnya skrip ini tidak ada petunjuk konsonan yang membezakan, misalnya, ba ta dan tha. Ia masih digunakan di negara-negara Islam, mahupun dengan pengedaran masa skrip ini telah menjalani beberapa pengubahsuaian dan mempamirkan perbezaan kedaerahan; perbezaan skrip Kufi Semenanjung Arab dan negara-negara Afrika Utara amat ketara.
Kufi gaya ini ialah Kufi berbentuk segi empat tepat yang amat sederhana, digunakan bagi kerja-kerja penjubinan. Di Iran, kadangkala seluruh bangunan dihiaskan dengan jubin yang mengeja nama suci dan murni seperti nama Allah, Nabi Muhammad (s.a.w) dan Saidina Ali (r.a), satu teknik yang dikenali sebagi banna'
selesai sudah kita bercerita tentang khat, mari saya kenalkan alatan-alatan khat yang perlu kita tahu selain dari pen dan pensil khat. alatan yang terbaik adalah kayu resm.
kayu resm |
kay resm ini boleh dicari dimana-mana jika kita orang kampung, kita boleh cari dalam hutan atau pokok-pokok yang sesuai.
tapi jika di bandar, hanya terjual di yayasan restu, pusat pembelajaran khat dan masjid negara sahaja.
sekian tentag khat, jom dengarkan lagu ini,....
10 ulasan:
Satu perkongsian yang menarik...thank's..
Alhamdulillah...terima kasih diatas perkongsian ilmu ini. Sangat bagus terutama untuk sesiapa yang ingin mempelajari seni khat.
info tambahan ........bagus
ilmu yang sangat padat..
ilmu yang sangat padat
ilmu yang sangat bagus..
wah cantik la..sy berminat..perkongsian yang menarik...
Perkongsian yang menarik...semoga dapat dikongsi bersama dalam pengajaran dan pembelajaran khat
Ilmu yang menarik untuk dipelajari.
info yang sangat menarik untuk dipelajari
Catat Ulasan