Kesenian Islam : KHAT DAN JENIS-JENISNYA: November 2015

Sabtu, 14 November 2015

khat kufi dan alatan untuk menulis khat.

sebenarnya, dalam dunia khat ni banyak lagi jenis-jenis khat yang kita tidak ketahui, malahan, untuk menulis pun perlu belajar dan kursus sehabis mungkin. jika di selangor, pembelajaran dan kurus khat terbuka di yayasan restu, di shah alam. disini, hanya sebahagian yang boleh saya kongsikan dengan anda.

jika sebelum ini, saya telah kongsikan khat nasakh, riq'ah, diwani dan thuluth, kali ini saya memawakan anda tentang khat kufi.

khat kufi
khat kufi adalah diantara khat yang payah dan agak sukar untuk dilakukan. malahan, ianya, perlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi.

Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah suai. Namanya diambil sempena bandar KufaIraq, walaupun skrip ini diguna di Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam. Salinan-salinan terawal al-Quran ditulis dalam skrip ini.

Kufi ialah sebentuk skrip bergaris dan bersudut, lazimnya dengan garis tegak dan melintang memanjang. Pada asalnya skrip ini tidak ada petunjuk konsonan yang membezakan, misalnya, ba ta dan tha. Ia masih digunakan di negara-negara Islam, mahupun dengan pengedaran masa skrip ini telah menjalani beberapa pengubahsuaian dan mempamirkan perbezaan kedaerahan; perbezaan skrip Kufi Semenanjung Arab dan negara-negara Afrika Utara amat ketara.

Kufi gaya ini ialah Kufi berbentuk segi empat tepat yang amat sederhana, digunakan bagi kerja-kerja penjubinan. Di Iran, kadangkala seluruh bangunan dihiaskan dengan jubin yang mengeja nama suci dan murni seperti nama Allah, Nabi Muhammad (s.a.w) dan Saidina Ali (r.a), satu teknik yang dikenali sebagi banna'

selesai sudah kita bercerita tentang khat, mari saya kenalkan alatan-alatan khat yang perlu kita tahu selain  dari pen dan pensil khat. alatan yang terbaik adalah kayu resm.

kayu resm
penggunakan kayu resm adalah untuk membentuk huruf-huruf agar ia kemas dan teratur berbanding penggunaan pen dan pensil.

kay resm ini boleh dicari dimana-mana jika kita orang kampung, kita boleh cari dalam hutan atau pokok-pokok yang sesuai.

tapi jika di bandar, hanya terjual di yayasan restu, pusat pembelajaran khat dan masjid negara sahaja.

sekian tentag khat, jom dengarkan lagu ini,....



Selasa, 10 November 2015

khat thuluth

khat thuluth


PENGENALAN KHAT THULUTH

Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini ditulis dengan pena yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm.

Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth yakni thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-sumber arab silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih besar daripada saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada kayu. Saiz-saiz tulisan jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu memegang penanya (Qadi al-Askar Mustafa ’Izat Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sufia menggunakan mata pena yang luasnya mencapai 35sm). Jika keadaan memerlukan tulisan-tulisan itu melebihi saiz tersebut atau bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali yang biasa kemudian dilakukan pembesaran (enlargement) mengikut kaedah empat segi atau menggunakan pelbagai peralatan teknologi yang terdapat pada hari ini seperti photocopy, komputer dan sebagainya.

Bentuk thuluth yang lebar mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala yang melebihi 2mm ialah Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku. Seseorang penulis khat tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini sekiranya tidak benar – benar berkemahiran dalam bentuk Khat Thuluth.

Perhatian berat para ahli khat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth jali sepanjang sejarah khat bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara mendadak. Khat ini dikenali dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis secepat khat nasakh maka ia biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang khusus, bukan untuk tujuan penulisan biasa. Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam kepingan-kepingan seni, muraqqa’at dan loh-loh serta hasil kerja seni yang lain. Khat ini menyebabkan orang yang memandangnya akan membiasakan diri mereka dengan unsur keindahan dan gerakan yang tersusun.

Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia boleh di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi empat, bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering melakukan pembaharuan struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau lebih yang sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan bacaan. Ini merupakan kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang mahir dan berkaliber. kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang mengandungi pelbagai bentuk dan tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para jurukhat silam dan digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber yang beliau dapati sebenarnya merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu amalan yang tidak wajar. 


Ahad, 8 November 2015

khat diwani


Khat Diwani adalah salah satu gaya Khat yang diciptakan oleh masyarakat Turki Usmani , berkembang luas di akhir abad ke-15 yang dipelopori oleh seorang kaligrafer Ibrahim Munif dari Turki. Tulisan ini mulai populer setelah penaklukan kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fatih tahun 875 H. Penamaan Diwâni karena dinisbahkan kepada kantor-kantor pemerintah di mana tulisan tersebut digunakan dan dari dewan-dewan pemerintahan itulah Khat ini menyebar ke seluruh kalangan masyarakat.

Karakter Diwâni dikenal dengan putarannya sehingga tidak satu pun huruf yang tak mempunyai lengkungan. Goresannya yang lentur dan lembut memudahkan Diwani beradaptasi dengan tulisan apapun.


Sabtu, 7 November 2015

khat riq'ah

khat riq'ah




Riq’ah adalah salah satu gaya khat ciptaan masyarakat Turki Usmani. Spesifikasi khat Riq’ah terdapat pada huruf-hurufnya yang pendek dan bias ditu;is lebih cepat daripada Naskhi, kerana kesederhanaannya dan tidak memiliki struktur yang rumit. Karena itu, kita memiliki kenyataan dalam kehidupan modern ini khat Naskhi khusus digunakan untuk mencetak teks buku, surat kabar, dan majalah, sedangkan khat Riq’ah khusus digunakan untuk catatan tangan atau dikte. 
Di lapangan advertising atau untuk penulisan judul-judul surat kabar, Riq’ah sering digunakan karena dapat mencakup kata-kata panjang dengan goresan-goresan yang tidak banyak makan tempat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCslYzw3dABmxmJczy3r9Vl2fRC4-NeOTPoRc0pkeEHTQoWcho97bKZmZYyJWBtSZYTlhZHRXoBSWW0Ff_CDOoA9WH80pHx-yfGWq5-X08wGe4bmT9wEYwiSYyhGT87jTTQdoEe1-CbMA/s1600/huruf-huruf-khat-riq'ah.jpg



Kesenian Islam Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign