Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari
tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian
dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad
S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui proses pengindahannya
secara berperingkat-peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat
Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah
(272-328H) bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini
dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan
Khat Nasakh. Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya menamakan khatnya ini
sebagai al-Badi' tetapi dikenali oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin
lantaran peranan yang dimainkan oleh khat ini. Ia menjadi terkenal
terutamanya pada kurun kelima.(Maarof Zuraiq, 1985). Khat ini terus
diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah
(545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai
proses pengindahan menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada
yang menggelar khat ini sebagai 'Khat Nasakh Atabik'.
Atabikah
telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat Nasakh Di
zaman ini selain melengkapkan keindahannya, mereka dikatakan sebagai
yang bertanggungjawab menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam
penulisan al-Qur'an. Lebih dari itu, ia bukan sahaja digunakan dalam
penulisan al-Qur'an, bahkan telah tersebar di timur dan barat dunia
Islam, digunakan untuk pelbagai peranan dan di atas pelabagi media,
menjadikan Khat Kufi mula dilupai atau kurang diminati.
Mengapa Dipanggil Nasakh
Nasakh Klasik
Nasakh Akhbar
Ada
beberapa pandangan mengenai nama Khat Nasakh. Ada yang mengatakan ia
dinamakan Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan - atau
dalam kata lain- membukukan al-Qur'an serta pelbagai naskhah ilmiah yang
lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan
utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar,
majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama
al-Qur'an. Bagi tujuan penulisan bahan-bahan ilmiah ini, terdapat dua
aliran yang jelas iaitu
Nasakh Klasik
Nasakh
jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan
penulis-penulis khat terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu
Thnu Muqlah. Mereka telah membekalkan kaedah-kaedah penulisan khat jenis
ini dengan begitu jelas dan terpeinci. Mungkin di sana terdapat
beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun mereka tetap
menjaga kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah
dianggap sebagai lumrah manusia yang cenderong kepada bawaan atau
kemahirannya. (AI-Bahi Ahmad Muhammad, 1993)
Nasakh Akhbar
Nasakh
Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan
diperjelaskan sesuai dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini
diriamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana penggunaannya yang meluas dalam
lapangan persurat khabaran (Haji lainal Sakiban, 1998). la juga
digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di
dalam media elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip atau
komputer..
Selain
dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini
dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya. 1a telah
me'nasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat
Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur'an. Setelah kemunculan
khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur'an
tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh.